Nasihat Akhir Sarada_Devi

Lima hari sebelum kematiannya, Sarada Devi berkata kepada seorang wanita yang sedih,‘Mengapa kamu nak takut? Kamu telah melihat Sri Ramakrishna… Biar saya memberitahu kamu sesuatu. Anakku, jika kamu mahu ketenangan, jangan lihat kesalahan sesiapa pun. Lihatlah kesalahankamu sendiri. Cubalah untuk menjadikan dunia ini milikmu. Anakku, sesiapa punbukan orang asing. Seluruh dunia ini ialah milikmu.’ Ini bukan sahaja nasihat terakhir Ibu Yang Alim kepada umat manusia tetapi juga inti kehidupannya sendiri.[22]

Dua ayat pertama di atasmemberikan kepastian kepada semua pengikut Sri Ramakrishna. Sesiapa yang telahmelihat Sri Ramakrishna atau menjadikan Sri Ramakrishna sebagai ideal hidup,tidak perlu takut. Panduan hidup yang diberikan oleh Sri Ramakrishna akan pastimembantu mereka untuk merentasi ‘Samsara’ iaitu kitaran hidup ini.[23]

Ayat seterusnya menunjukkancara untuk mengatasi ketakutan dan juga hasil yang diperolehi denganmengikutinya. Apabila kita berhenti melihat kecacatan atau kelemahan oranglain, kita akan dapat mengekalkan hubungan yang baik dengan semua orang. Denganmelihat kelemahan diri sendiri, kita akan berusaha untuk mengatasi kelemahanitu. Kita juga akan lebih bersimpati dan memahami orang lain.

Ayat ‘Sesiapa pun bukan orangasing. Seluruh dunia ini ialah milikmu’ ialah kebenaran yang diutarakan olehfalsafah Vedanta. Dalam dua ayat ini, Sarada Devi telah merumuskan falsafahVedanta bahawa Atman atau Tuhan yang Satu wujud dalam segala-galanya. Olehkerana, semuanya ialah Atman yang sama, tidak ada perbezaan di antara manusia. Perbuatanmemburukkan orang lain ialah sama seperti mencaci diri sendiri! Dengan menemui kebenaran ini atau dengan kepercayaan kuat padanya, perhubungan antara insan akan maju ke tahap yang mulia.